Jimat Banyak, Ini Website Paling Murah Malaysia

Budget yang cukup-cukup tentu kita akan berjimat cermat untuk mendapatkan sesuatu. Terutamanya budget dalam menjalankan bisnes.

Tentu anda tercari-cari Website Murah Malaysia kan? jom saya cerita detail dalam artikal ini. Baca sampai habis ye dan buat perbandingan.

Sepanjang hampir 5 tahun pengalaman dalam industri pembuatan website ini harga paling murah pernah jumpa bermula RM300. Murah bukan.

Semasa saya mula tawarkan servis website saya pernah buat servis RM250 je. Lagi murah. tapi memang akan penat tak berbaloi dengan apa yang buat. Anda kalau nak ambil servis website bawah RM300 kena berhati-hati website anda tak bertahan lama. Sebab saya pernah tawarkan servis website murah. Kenapa saya kata tak berlaloi? 

Tak Berbaloi: Masa Banyak Habiskan Perkara Tak Sepatutnya Berlaku

Ya betul, akibat tawarkan servis murah banyak masa dihabiskan benda yang tak sepatutnya. Antara contohnya website tak boleh buka, kena hack jammed dan macam-macam lagi. Sepatutnya kalau harga servis sedikit lebih mahal semua ini boleh dielakkan.
  1. Pakai hosting lebih mahal & support untuk trafik atau guna ecommerce
  2. Pakai plugin berbayar, bukan plugin nulled yang sudah diubah code (telah hacked)

Betul Ke Website Tu Murah?

Ya betul website tu, tapi risiko lebih besar anda akan tanggung. Kerja yang anda buat selama ini akan jadi sia-sia sebab website anda murah. hehe. kenapa jadi macam tu?

Ok, sebabnya pertama website anda tak akan bertahan lama kerana pemilihan hosting paling cikai. Cuba anda lihat pakej hosting dibawah. Pakej inilah menjadi pelihan saya ketika buat website harga RM250 ketika dulu. RM250-Hosting RM30-Domain RM50 = RM170 untung

RM170 untung tu tak berbaloi dengan masa dan support selepas website siap. Sampai ke sudah tak setel-setel. 

Hosting Website Murah

Sekali lagi saya pesan, berhati-hati kalau nak ambil servis website paling murah Malaysia. Kalau anda tengok harga pakej hosting diatas
  • 1GB ssd
  • 20GB bandwith
  • 256mb Ram
apa nak buat? tujuan apa buat website murah kalau dapat spesifikasi macam ni, tak sempat buat apa website terus down tak leh buka.

Ok, saya cerita sikit spesifikasi ye.

1. 1GB SSD, nak buat landingpage atau sales page memang lepas buat. sebab tu website anda boleh siap dan boleh guna sekejap je.

2. 20GB bandwith, bila anda nak guna contoh lah 1 landingpage anda bersaiz 20mb siap dengan gambar dan sebagainya. Anda jalankan iklan facebook 

cukup 1000 orang click website anda x  20mb = 20GB bandwith habis digunakan , orang ke 1001 click website terus tak boleh buka. kena tunggu bulan depan untuk hosting reset balik jd 20gb bandwith. Ini bermakna had pelawat sehari seramai 33 orang je. kalau lebih daripada tu, website anda tak sampai sebulan terus KO.

3. 256mb ram, 33 orang sehari dia buat apa kat website anda? kalau anda guna woocommerce memang KO terus website anda. Sebab ram sebesar 256mb tak mampu nak proses woocommerce plugin dengan banyak dalam satu-satu masa. 

Sebab itulah, nak pilih website murah kena berhati-hati. kalau boleh buat website ni, biarlah boleh mampu bertahan 2 tahun minimum.

Dalam tempoh ini, anda boleh rancang dan boleh guna sepenuhnya webiste anda, terutamanya berkenaan bisnes serta SEO nanti.

Bila SEO dah ok, customer akan cari anda nanti. Bisnes boleh maintain sampai bila-bila.

Sebenarnya Tidaklah Murah Pun

Kenapa saya cakap tidaklah murah?

Ya, bila website anda down tak boleh buka, pihak developer akan suggest kepada anda untuk ambil hosting pakej besar. Disini anda perlu tambah duit dalam RM300-400 lagi.

Lepas tu, akan membazirkan masa anda, anda sudah kehilangan customer kerana website problem dan iklan anda daripada perform menjadi tidak perform. Anda terpaksa membayar duit iklan lebih mahal untuk mendapatkan seorang customer.

Seterusnya, anda perlu bayar fee hosting + domain tahunan dalam lingkungan RM400++ setahun dan jikalau website anda mula menjadi perlahan dan slow, terpaksa bayar upah untuk lajukan kembali website anda.

Ada Ke Servis Buat Website Murah Malaysia?




Ya ada, kami di atmamstudio.com menawarkan servis buat website murah. Hanya RM450 sahaja, anda dapat seperti harga RM1700++.

Servis kami murah, kerana kami menawarkan servis bina website menggunakan platform blogspot/blogger. Ya, atmamstudio.com pun mengguna platform blogger.

Kelebihan menggunakan blogspot adalah, anda tidak perlu lagi melanggan hosting. kerana blogspot sendiri sudah pakai hosting milik google. Sangat laju, pantas support trafik tinggi. SSD unlimited, Bandwith unlimited dan ram unlimited. Paling best semua ini adalah percuma.

Anda hanya perlu melanggan domain sahaja tahunan serendah RM60 setahun..

Berminat tak nak buat website guna blogspot? jom dapatkan servis dengan atmamstudio.com sekarang. Anda boleh baca detail disini--> www.atmamstudio.com

Related Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back to Top

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Artikel