5 Sebab SEO Sangat Penting Dalam Bisnes Anda

5 Sebab SEO Sangat Penting Dalam Bisnes Anda


Seo sangat penting dalam bisnes, kerana dengan seo kita akan memerolehi banyak manfaat dalam jangka masa panjang terutamanya anda target bisnes anda dengan membawa brand.

Tapi ruginya, ramai peniaga di Malaysia tidak menjalan seo kerana katanya result lambat dan perlukan masa lama untuk nampak hasil. Akhirnya perniagaan mereka hanya mampu bertahan setahun selepas tu ditutup kerana mereka mengharapkan iklan berbayar sahaja dalam pemasaran mereka.

Dalam artikal kali ini, ini adalah 5 sebab seo sangat penting dalam bisnes kita.

1. Memberitahu Target Niche Market Tentang Kehadiran Bisnes Kita

Seo atau organik trafik masuk ke website sangat penting, kerana ia merupakan trafik yang paling berkualiti dengan target market atau nature bisnes yang dijalankan.

Paling penting, pastikan artikel adalah berkaitan dengan bisnes sahaja. Dilarang campur artikel tidak berkaitan.

2. Meningkatkan Trust dan Kredibiliti Dalam Bidang Bisnes Yang Diceburi

Ya, jika website anda mempunyai ratusan artikel yang berkaitan dengan niche market bisnes anda secara tidak langsung menunjukkan anda atau bisnes anda mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Secara tidak langsung akan memperolehi customer yang serah diri untuk mendapatkan apa yang anda tawarkan.

3. Menjimatkan Kos Marketing

Dengan menggunakan teknik seo yang betul dapat menjimatkan kos iklan bisnes. Kerana kebanyakan customer datang daripada artikel seo yang telah diterbitkan secara berkala dan aktif. Kemungkinan besar dalam jangka masa yang panjang boleh sustainkan bisnes dan scale-up bisnes dengan lebih baik.

4. Menaikkan Brand Pergi Lebih Jauh

Ya, jika anda bina bisnes berasaskan bina brand, anda diwajibkan untuk menggunakan strategi SEO awal bisnes ditubuhkan. Kerana bina brand merupakan bisnes longterm semakin lama anda berada dalam pasaran, semakin ramai orang mengenali anda.

5. Memberi Ilmu Kepada Target Market (Give and Take)

Seo bukan sahaja berkaitan apa yang bisnes tawarkan, tapi ia juga perkongsian dan mendidik masyarakat ilmu secara tidak langsung dengan baik. Hasilnya kita Give kepada masyarakat ilmu dan mereka percaya dan appreciate apa yang kita share, mereka sanggup laburkan duit mereka dan kita akan take kembali.

Kesimpulan

Proses nak buat seo memang sangat renyah, kerana perlu cari keyword yang berpotensi dalam carian, kajian artikel dan beberapa research lengkap sebelum menerbitkan 1 artikel. Setiap hari diperlukan idea dalam menulis.

Jika tidak biasa menulis, memang akan dibuat sekerap jalan. Tapi jika anda bersabar sekejap 1 tahun, hasil seo anda akan dapat dirasai. Jangan bertangguh nak buat seo dalam bisnes sendiri

p/s: Ramai orang buat seo tapi tak bertahan lama, alasanya ialah website kena hack tiada modal untuk langgan fee mahal setiap tahun, tiada siapa nak urus dan bermacam-macam lagi alasan yang saya sendiri pun kena.

Berita Baik!!
Nak tahu tak? kini tiada lagi masalah website kena hack, tidak perlu bayar fee tahunan yang mahal dan senang nak uruskan. Iaitu anda pakai blogspot je. Ya website yang anda sedang baca sekarang ini hanya menggunakan blogspot sahaja.

Saya ada tulis info berkenaan buat website, buat landing page guna blogspot disini 👉 https://www.atmamstudio.com/

Jemput baca ye.

Related Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back to Top

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Artikel