Sales tengah laju masuk website kena hack pulak, aduhh naya sungguh..
Pengalaman saya 2 tahun dalam uruskan website client, paling-paling mendebarkan adalah part website wordpress kena hack.
Apa Yang Saya Buat Bila Website Kena Hack?
Pertama sekali apa yang saya buat adalah restore balik file website, biasanya client website wordpress saya cadangkan supaya ambil backup automatik daily, supaya apa-apa yang berlaku pada website hari tersebut dapat restore balik hari sebelumnya.
10min settle restore balik, tapi sayangnya data customer dan pembeli hari ni tak dapat restore balik atau dalam bahasa mudah, apa yang berlaku hari ni tak dapat restore sebab file backup hanya ada yang sudah backup hari semalam.
Terpaksanya cek satu-satu dalam payment gateway siapa sudah membayarnya dan yang bayar COD tu tak dapat trace balik, rugi saja sale COD.
ini okay lagi lah... ada yang lebih teruk lagi iaitu serangan ddos attack
Serangan Ddos Attack
Ni serangan paling seram untuk usahawan online yang menggunakan website. Lebih teruk website down berbulan-bulan. terpaksa mula buat website baru dengan domain baru. Kalau anda pemain seo, sangat-sangat rugi bila kena Ddos attack, banyak kesan kepada seo.
Kenapa boleh kena ddos attack?
Ddos attack ni lebih kepada spam hack. domain anda sudah leaked mana-mana dalam internet. nanti akan akan orang atau bot buat kerja untuk login website anda. kebanyakan akan datang daripada bot. Website boleh down sebab traffik terlampau tinggi datang kat website anda. kadang sehari boleh cecah nak 1 juta trafik masuk website, macam mana tak boleh jem website tu.
Apa yang saya buat, saya aktifkan di cloudflare website under attack untuk tapis terlebih dahulu trafik yang mencurigakan.
memang berkesan untuk elak website down, tapi sale anda akan drop gila-gila sebab loading sangat lama untuk cloudflare tapis trafik sedang masuk ke website anda.
Sudah Penat Pakai Wordpress
Kalau ikutkan bilangan, sudah ratusan website saya guna wordpress. sampai sekarang 27/10/2022 satu pun website wordpress yang saya pakai.
Paling sedih kena hack, sampai berbulan-bulan tak boleh buka. Sampai kena panalti kat google habis SEO hilang begitu sahaja. Bertahun-tahun bina seo.
Selepas kejadian ini, saya nekad untuk tidak guna lagi wordpress. Ya secara jujurnya sangat seronok guna wordpress macam-macam boleh customize. Selepas kejadian itu, saya mula pendirian untuk "make it simple" dalam website.
Tak boleh customize macam-macam tak apa, asalkan website itu kekal lama dan kalis daripada hack serta down. Saya mula menggunakan shopify dan hanya bertahan setahun sahaja. Sebab fee terlalu mahal dan tidak mesra untuk market malaysia. Kalau guna FPX tu ada caj per transaction pula daripada shopify.
Jumpa jalan penyelesaian terbaik elak website kena hack
Saya fikir apa yang terbaik untuk guna, akhirnya jumpa jalan penyelesaian. iaitu
onpay + blogspot. Ya onpay dan blogspot kombinasi terbaik setakat ini. Lebih jimat dan lebih mudah.
Kenapa Lebih Jimat Pakai Onpay dan Blogspot?
1. Sangat Jimat
- Saya langgan pakej onpay pakej lite RM60 sebulan x 12 bulan = RM720 setahun
- Blogspot percuma + RM60 domain setahun.
- Total = RM780
2. Kerana boleh pakai banyak produk
Saya jadi ejen & fighter pelbagai HQ dan stokis. dengan langganan 1 onpay, boleh pakai banyak pelbagai domain dalam blogspot.
Contoh saya jd ejen produk:-
1. Kurus
2. Gastrik
3. Rambut Gugur
4. Sambal hitam
5. Galah ajaib
So saya perlu buat 5 blogspot dengan 5 domain berbeza dan pakai 1 onpay sahaja.
1. kurus.com
2. gastrik.com
3. rambutgugur.com
4. sambalhitam.com
5. galahajaib.com
Onpay pakej lite, saya boleh cipta sebanyak 50 borang dan 250 produk. Jadi saya buat 5 borang untuk 5 produk diatas. Setiap borang ada 3 pakej produk.
3. Boleh buat affiliate
Ini part paling best, anda ejen bawah HQ anda diberikan komisyen besar. anda boleh lantik ejen affiliate anda dengan pulangan komisyen setiap jualan dilakukan. kebiasanya saya bagi 30-40% setiap jualan ejen affiliate anda.
paling best lagi, link affiliate ejen anda boleh terus pakai domain blogspot anda. so dorang akan promote landingpage blogspot anda. Anda boleh kutip lead piksel fb dan tiktok secara percuma untuk retarget.
tidak salah, kerana ejen affiliate anda menjadi sebagai staff atau team sale anda, kerana menggunakan domain milik anda semasa mereka promote.
Disini anda boleh buat jualan berganda-ganda lagi.
Kesimpulannya
Saya bukan anti wordpress, dan melarang anda pakai wordpress jauh sama sekali. Tujuan saya share adalah pengalaman saya. setiap orang berbeza pengalaman dan cara urus. Matlamat utama dalam buat website adalah untuk mencari income. Kalau buat duk sibuk dan habiskan masa untuk jaga website lebih baik kita fokus kepada aktiviti yang berimpak tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan