Pakej Website Murah!! Pakej Website Mesti Anda Pilih

Pakej Website Murah Mesti Anda Pilih

Pakej website murah, ramai nak buat website tapi nak jimat budget dan murah betul? Termasuklah anda yang sedang baca artikal ini.

Pakej Website murah ni sebenarnya harga yang sangat subjektif. Kadang nampak murah, tapi taklah murah sebenar, nampak mahal tapi paling jimat dan berbaloi. Buat website ni tidak boleh ditetapkan ia murah atau mahal, kerana beberapa faktor:-

Faktor Pengalaman

Pengalaman individu dalam buat website menentukan harga servis ditawarkan. Semakin lama pengalaman semakin mahal harga servis kerana telah ramai mengenalinya dan telah banyak menerima referal daripada customer lepas.

Kalau anda ambil servis website dengan orang tidak berpengalaman, kemungkinan website yang siap tu tidak memuaskan design sedikit pelik, tak sedap mata memandang, tidak titik berat ux user. Secara tidak langsung website yang anda buat daripada orang tidak berpengalaman itu tidak menepati objektif bisnes anda.

Malah lebih parah lagi, disebabkan bayaran murah, mereka tidak minta kos tambahan jika diperlukan. Mereka akan menggunakan plugin nulled atau plugin yang diubah suai kod. Hal ini boleh disebabkan website anda akan kena hack nanti.

Berbeza dengan orang berpengalaman, mereka sudah faham dan tahu apa kehendak customer dan nature bisnes tersebut. Copywriting pun power menyebabkan website anda buat dengan orang berpengalaman lebih mendatang hasil objektif bisnes anda.

Contoh harga:
1. RM700 Orang pengalaman
2. RM390 Orang tidak pengalaman

Siapa yang anda akan pilih? Jawapannya bergantung pada budget masing-masing. Jika ada budget lebih tentu pilihan utama anda adalah yang pertama bukan?

Faktor Hosting / Server

Ada web developer, akan pilih hosting paling termurah di Malaysia. Sebab itulah mereka mampu menawarkan website murah kepada client mereka kerana mereka menggunakan hosting paling murah.

Adakah betul-betul murah?

jika anda selepas website itu siap, anda tak menggunakannya. Ya betul-betul murah. Jika anda menjadi heavy user website dah siap tersebut, ianya tidaklah murah. Malah mungkin akan jadi lagi mahal.

Sebab apa?

Sebabnya ialah, hosting atau server yang digunakan pada website anda tidak dapat support untuk heavy user. Bila berlaku demikian, website anda mula tak boleh buka, website akan down.

Bila website down, beberapa perkara yang anda perlu tambah duit.
  1. Upgrade hosting lebih tinggi specification = Tambah duit
  2. Upah orang lagi untuk tukar hosting lain = Tambah duit
Tu belum termasuk lagi, hosting kena hack. Habis website di hosting tersebut tidak dapat berfungsi dan perlu tukar hosting yang lebih mahal dan menggunakan antivirus yang lebih canggih.

Kesimpulan

Seperti saya katakan diatas website murah ini adalah subjektif bergantung pada web developer itu sendiri, sejauh mana pengalamannya, apa yang dia pakai masa proses bina web dan apa hosting yang digunakan semuanya kos yang berbeza tidak sama setiap orang.

Jadi anda sebagai pengguna bijak, anda boleh menilai sendiri dan berapa budget anda. Anda boleh buat perbandingan sendiri. Jangan pula yang harga RM450 lebih murah dan berbaloi sedangkan yang RM750 tersebut newbie dan tidak berbaloi.

p/s: Harga dinyatakan diatas merupakan harga contoh sahaja. Bukan harga servis sebenar dan bergantung pada setiap individu.

Ada betul ke pakej website murah?

Ya ada. memang ada. kenapa saya cakap ada? Kerana atmamstudio.com sendiri tawarkan servis ini hanya RM450 sahaja lifetime. Antara sebabnya boleh jadi pakej website murah ialah:-

Tidak Menggunakan Hosting (Hosting Percuma Lifetime)

ya betul, kami di atmamstudio.com design website atau landing page tidak menggunakan sebarang hosting. Bermakna kos hosting telah jimat antara RM300-RM1700 setahun (antara harga hosting ada dalam pasaran).

Walaupun tidak menggunakan hosting, anda heavy user sekalipun tidak menjadi sebarang masalah. Website boleh tampung trafik ratusan juta sehari tanpa ada masalah website down dan tidak boleh buka.

Disini, anda telah jimat RM300 dan tidak perlu upgrade hosting pun sampai specification paling tinggi RM1700.

Anda juga boleh jimat tenaga tak perlu upah developer untuk uruskan hosting anda antara RM300-RM1000

Berpengalaman Tinggi

Kami di atmamstudio.com juga merupakan orang berpengalaman hampir 3 tahun dalam sebuah syarikat tempatan yang nature bisnes mereka mempunyai ejen yang ramai menggunakan website ecommerce. Saya selaku staff disana bertanggungjawab membuat website dan memberi support kepada ejen-ejen syarikat. Anda jangan risau, walaupun atmamstudio.com masih belum ada banyak portfolio atau cntoh website dah siap. Tenaga kerja kami adalah berpengalaman.

Harga Upah RM450

Ada orang kata mahal, ada kata murah bergantung nilai apa yang mereka lihat. Bagi kami ini adalah harga paling murah dan berbaloi untuk kami berikan kepada anda. Kerana kami juga perlu menjaga cash flow syarikat untuk kelangsungan syarikat.

Jika anda lihat dan bandingkan apa yang kami tawarkan berbanding web developer lain, ini adalah harga paling murah dan berbaloi untuk anda laburkan tanpa perlu keluarkan kos tambahan selepas bayaran RM450

Nak Upah Kami Bina Website Atau Landing Page Anda?

Boleh baca lebih lanjut disini 👉 https://www.atmamstudio.com/

atau boleh wasap kami disini 👉 WhatsApp Servis Bina Landing Page



















Related Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back to Top

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Artikel