Landing Page Murah dari atmamstudio Hanya RM100 Sahaja
Di Malaysia sekarang ni, kita dapat saksikan dan merasai sendiri harga telur, ayam, sayur dah meningkat naik. Tak kan setiap hari hanya menyalahkan kerajaan sahaja. Apakah tindakan kita, untuk diri kita sendiri untuk menghadapi tahun 2023?
Untuk persediaan tahun 2023 ini, caranya ialah mencari pendapatan sampingan yang mampu menampung sedikit akibat kenaikan harga barangan dan kenaikan opr.
Landing Page Murah Dari Atmamstudio.com
Untuk persediaan anda mencari pendapatan sampingan, Saya di atmamstudio.com menawarkan inisiatif kepada yang baru nak ceburi bidang bisnes mendapatkan landing page murah dengan hanya RM100 sahaja.
Saya akan buat landingpage untuk anda promote produk anda melalui landing page. Dengan adanya landing page anda hanya perlu promote link landing page anda di group-group facebook, whatsapp atau telegram dan juga anda boleh menjalankan iklan di landing page.
Nanti landing page tersebut akan bekerja untuk anda 24/7 tanpa henti. Anda hanya perlu buat promosi dan marketing sahaja.
Kenapa Murah?
Nak buat landing page ni sangat guna kos, terutamanya guna wordpress. Kos buat, kos maintenance, kos theme, kos builder dan kos upah dan macam-macam kos lagi yang ada.
Kami di atmamstudio.com tiada kos-kos tersebut, hanya kos upah sahaja dan masa kami untuk siapkan landing page anda. Dibawah merupakan senarai kenapa kami tawarkan lebih murah kepada anda.
1. Tiada yuran langanan.
Kami menggunakan platform blogspot, semestinya ia platform yang percuma ditawarkan oleh google. Tiada yuran bulanan atau tahunan sentiasa percuma. Setiap tahun anda tidak perlu keluarkan wang RM150-RM700 untuk bayar yuran langganan.2. Kos Theme Tiada
Untuk theme pula, kami dah habiskan ribuan ringgit untuk siapkan theme khas digunakan dalam blogspot dan buat landing page. Untuk guna pakai kembali ianya tiada kos langsung, dan untuk pakej khas ini kos theme dah termasuk sekali dalam kos upah RM100.
3. Kos Peyelengaraan
Kalau guna wordpress, kos peyelengaraan ini memang tidak dapat dielakkan. Kalau pandai buat sendiri jimat kos. Tapi rugi masa, lebih baik gunakan masa tersebut untuk urusan bisnes. Pandai buat sendiri pun, ada kos juga iaitu bila tiba masanya anda perlu upgrade server.
Untuk landing page yang kami buat ini, kos peyeleggaraan tiada langsung zero kos. Sekali buat je. Anda boleh tinggal tanpa buat penyelangaraan.
jimat bukan?
Tak Rugi Ke?
Secara jujurnya, saya akan rugi masa. Sepatutnya masa yang ada saya boleh siapkan landing page yang mahal dan premium. Tapi saya anggap sebagai khidmat masyarakat untuk yang tidak mampu dan baru nak mula buat bisnes online.
Kesimpulan
Landing page murah ini saya tawarkan khas untuk hadapi ekonomi 2023 yang tidak menentu. Tentu nanti akan ramai berhenti kerja, tidak cukup gaji bulanan dan perlu pendapatan sampingan untuk menampung keperluan semasa.
Jom dapatkan sekarang sementara koata masih ada. Koata terhad setiap bulan, kerana saya akan fokuskan untuk landing page bayaran premium iaitu bermula RM450-RM1900.
updated:
Soalan: ada tanya saya, kenapa tak adil je buat, nak buat khidmat masyarakat kena ikhlas dan adil. Kenapa ada kouta dan utamakan yang bayar premium dulu.
Jawapan: saya ada staff, anak isteri, hutang yang perlu dibayar. Semua ini perlu duit. Jika tiada sumber pendapatan ini, macam mana saya nak bantu yang lain.
Untuk berkenaan kouta. 1 bulan hanya terhad 30 website sahaja yang mampu saya dan staff siapkan. Jika bulan tersebut hanya ada 5 yang bayar premium, bermakna ada 25 kouta untuk khidmat masyarakat.
InsyaAllah doakan saya, supaya saya dapat tambah staff lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan